Jumaat, Oktober 03, 2008

Selamat tinggal Ramadhan,Selamat datang Syawal


Syukur pd Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita sama2 menyambut Syawal dengan meriahnya slps berpuasa slama sebulan. Sepertimana yang kita ketahui bulan syawal adalah bulan kemenangan buat umat Islam kerana berjaya kita menempuh pelbagai rintangan&halangan yang melanda diri kita dengan penuh kesabaran pada bulan Ramadan. Tafaddal ya sadikihi, haiya antum bergembira dibulan Syawal yang mulia ini, kita merapatkan silaturahim sesama umat Islam. Dengan niat ikhlas kerana Allah,bukan kerana nama & populariti. Tp ingat,jangan membazir ketika membeli @ makan kerana sesungguhnya amalan membazir itu adalah amalan syaitan. Semoga hidupmu dicucuri rahmat& rezeki yang melimpah luah,InsyaALLAH

Sempena dengan itu, saya ingin memohon ampun pada rakan2 saya yang mengenali diri ini. Saya tahu saya banyak buat salah&silap pada kamu semua, hanya Allah saja tahu betapa beratnya dosa saya pada rakan2 saya. 10 jari saya susun rapi, dengan niat yang ikhlas kerana Allah memohon maaf..Maaf zahir & batin...Moga Allah memberkati kamu semua..InsyaAllah..

Tiada ulasan: